Perak, Melaka United sama handal - Utusan Malaysia

Perak, Melaka United sama handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Perak gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila terikat 0-0 ketika menentang Melaka United dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di sini sebentar tadi. 

Kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati pada 20 minit pertama di atas padang basah tanpa sebarang percubaan berbahaya ke atas pihak lawan. 

Pasukan tuan rumah memperoleh peluang untuk mendapatkan jaringan pada minit ke-25 selepas sepakan Nor Hakim Hassan ditangkap kemas oleh penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat yang turun beraksi untuk kali pertama buat Melaka United. 

Anak buah E. Elavarasan juga tidak ketinggalan untuk mencari gol pembukaan dengan melakukan rembatan dari jarak jauh namun usaha mereka tidak membuahkan hasil.

Bermula babak kedua, aksi cemerlang Khairul Fahmi berjaya menafikan beberapa percubaan The Bos Gaurus untuk menterjemahkan jaringan ke gawang Melaka United.

Pemain Perak, Leandro Dos Santos Oliveira mendapat peluang di hadapan gol pada minit ke-64 apabila menanduk bola ke gawang Melaka United namun ia turut dinafikan Apek.

Beberapa peluang mencipta jaringan masing-masing berjaya dipatahkan pasukan lawan sehingga wisel penamat dibunyikan dalam perlawanan yang dihadiri kira-kira 7,500 penyokong. 

Dengan keputusan itu, Perak juga gagal memanfaatkan peluang untuk merapatkab jurang dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut seri menentang Selangor sebentar tadi. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×