PM Britain ucap tahniah kepada dr. mahathir - Utusan Malaysia

PM Britain ucap tahniah kepada dr. mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Perdana Menteri Britain, Theresa May menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Dalam catatan Twitter rasmi Perdana Menteri Britain, beliau berkata: “Tahniah saya kepada Dr. Mahathir@chedetofficial atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Ini adalah keputusan bersejarah dan saya tidak sabar untuk membina hubungan dua hala yang kukuh,” menurut catatan tersebut.

Dr Mahathir yang memimpin Pakatan harapan (PH), mengejutkan politik negara apabila berjaya menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara selama 60 tahun.

Pemimpin berusia 92 tahun itu mencipta sejarah apabila dilantik menjadi perdana menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 dan juga muncul sebagai perdana menteri tertua di dunia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×