BN perlu jadi pembangkang baik - Utusan Malaysia

BN perlu jadi pembangkang baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana keputusan tersebut adalah kehendak rakyat.

ASYRAF ADLAN

Pegawai khas kepada bekas ahli Parlimen Johor Bahru, Asyraf Adlan berkata, sehubungan itu, BN perlu menjadi pembangkang yang baik.

Katanya, pembangkang yang baik berfungsi sebagai pengimbang di dalam Parlimen bagi memastikan perdebatan berkaitan perundangan dan dasar terus relevan dan berkesan.

“BN memiliki potensi unik menjadi pembangkang yang baik kerana kebanyakan ahli Parlimen masih mengekalkan kedudukan mereka selepas PRU-14 dan dengan itu pe­ngalaman pernah berada di dalam kerajaan memberi ke­lebihan besar.

“Ahli Parlimen BN juga merupakan individu yang paling layak mempersoalkan dan menasihati kerajaan baharu demi kebaikan rakyat,” katanya dalam satu surat terbuka kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Asyraf berkata, sebelum semua itu dapat dijalankan, BN terlebih dahulu perlu memperbaiki krisis dalaman yang dialaminya selepas mengalami kekalahan pertama dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun, ujarnya, memberi perkhidmatan kepada rakyat adalah keutamaan parti selepas ini berbanding meme­nuhi kehendak diri sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×