KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula diumum sebagai pemangku bagi kedua-dua jawatan tersebut.
Pengumuman itu diumumkan sendiri oleh Najib pada sidang akhbar khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sebentar tadi.
“Saya ucap terima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya ambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar pada negara,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa sedih dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini apabila BN kalah teruk kepada Pakatan Harapan.
“Siapa yang menang dalam perang persepsi, dia akan menang dalam keyakinan rakyat,” ujarnya.
Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Emieryati Samsudin dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. – K! ONLINE










