Pegawai Istana Negeri tiba di kediaman Mohd. Shafie - Utusan Malaysia

Pegawai Istana Negeri tiba di kediaman Mohd. Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Dua pegawai Istana Negeri hadir di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di sini hari ini.

Kedatangan Setiausaha Perhubungan Yang di-Pertua Sabah, Mohd. Rashid Mohd. Tahir dan Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Sabah, Abinan@Abnan tiba di kediaman Mohd. Shafie pada pukul 2 petang.

Kira-kira 10 minit kemudian, Mohd Shafie turut tiba di kediamannya untuk berjumpa dengan kedua-dua pegawai istana tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat diperoleh mengenai tujuan kedatangan kedua-dua pegawai istana berkenaan yang beredar selepas 30 minit dari kediaman itu.

Mohd. Shafie dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Tan Sri Musa Aman pada pukul 9 malam ini selepas Warisan dengan kerjasama Pakatan Harapan memperoleh majoriti mudah dengan 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×