Operasi Utusan Melayu (M) Berhad akan diteruskan - Utusan Malaysia

Operasi Utusan Melayu (M) Berhad akan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 12 Mei – Operasi Utusan Melayu (M) Berhad akan diteruskan dengan beberapa penstrukturan dan kemas kini strategi bagi berdepan cabaran semasa.

Pengerusi Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, justeru, kemungkinan besar akan berlaku rombakan dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan. 

“Saya sebagai Pengerusi perlu mempunyai sokongan daripada pengurusan dan kesatuan sekerja bagi meneruskan kelangsungan syarikat ini. Ini kerana, Lembaga Pengarah hanya boleh fikir hala tuju sahaja, akhirnya pelaksanaan dasar itu mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan dan semua pekerja. 

“Saya juga tidak boleh komen lanjut sama ada akan berlaku rombakan atau penambahan Ahli Lembaga Pengarah, semuanya akan diputuskan nanti,” jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan tertutup bersama ahli UMNO Bahagian Kota Bharu, di sini hari ini. 

“Utusan Malaysia akan diteruskan dengan kaedah berbeza supaya ia terus kekal dengan pelan dan strategi yang akan dilaksanakan,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×