BN Sarawak pantau PH untuk kotakan janji manifesto - Utusan Malaysia

BN Sarawak pantau PH untuk kotakan janji manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak yang kini berada di blok pembangkang negeri akan memantau dengan teliti perkembangan serta usaha kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) untuk mengotakan janji manifesto yang melibatkan kepentingan Sarawak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Abdullah Saidol berkata, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak akan berganjak malah meneruskan usaha menuntut segala hak dan kepentingan yang termaktub secara sah dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan negeri berada dalam situasi bersiap sedia dan akan mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk memastikan tuntutan negeri ini dihormati, diberi perhatian dan menghasilkan keputusan yang sewajarnya.

“Kesungguhan Ketua Menteri Sarawak hanyalah berkiblatkan ke arah menjaga kepentingan serta memakmur negeri dan memastikan masa depan anak Sarawak terjmain,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu menambah, kerajaan negeri juga menyatakan kesediaan pentadbiran untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu di peringkat Persekutuan. 

Katanya, ini bermaksud kerjasama dalam soal-soal pentadbiran melibatkan lingkungan sistem Persekutuan yang diamalkan.

“Kerajaan negeri akan memastikan kerjasama ini mestilah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan menjejaskan hak serta kepentingan negeri,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×