Bekas Perdana Menteri akur larangan ke luar negara - Utusan Malaysia

Bekas Perdana Menteri akur larangan ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen yang melarangnya dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari ke luar negara 

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara.

“Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Twitternya di sini hari ini.

Jabatan Imigresen sebentar tadi mengesahkan telah menyenaraihitamkan nama bekas pemimpin negara dan isterinya itu untuk ke luar negara.

Arahan itu dikeluarkan selepas tersebar satu laporan semalam bahawa bekas pemimpin negara itu akan terbang menggunakan pesawat peribadi ke Indonesia dari Lapangan Terbang Subang hari ini.

Laporan tersebut yang tidak dapat dipastikan kesahihannya telah menarik minat banyak pihak dan ada daripadanya menuduh pemimpin tersebut cuba melarikan diri ke luar negara selepas tewas mengejut dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.-UTUSAN ONLINE.

 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×