Mayat wanita Indonesia ditemukan bawah katil - Utusan Malaysia

Mayat wanita Indonesia ditemukan bawah katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Pene­muan mayat seorang wanita Indonesia di bawah katil di sebuah rumah teres di Taman Bukit Serdang, Seri Kemba­ngan di sini malam tadi me­rungkai misteri bau busuk yang mengganggu jiran tetangga di situ sejak tiga hari lalu.

Mayat pekerja restoran berusia 30 tahun itu ditemukan sepasukan polis pada pukul 7 malam selepas mendapat aduan daripada penduduk di situ.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mangsa dilaporkan tidak hadir bekerja di restoran berdekatan sejak tiga hari lalu dan dicari maji­kannya di rumah berkenaan.

Ujarnya, sejurus memasuki rumah dua tingkat itu, majikan mangsa terhidu bau busuk yang datang dari sebuah bilik di tingkat atas.

“Pemeriksaan awal oleh majikan mangsa gagal me­nemukan mayat mangsa dan dia kemudian menghubungi polis.

“Pasukan polis yang memeriksa rumah tersebut menemukan mayat mangsa di bawah katil. Keadaan di bawah katil dipercayai berselerak dan mayat mangsa telah mula membusuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismadi, siasatan awal mendapati wanita ber­kenaan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 48 jam atau sejak tiga hari lalu.

“Tiada kesan pergelutan ditemukan di dalam rumah mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat dikeluarkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×