Aprilia buat perubahan jentera - Utusan Malaysia

Aprilia buat perubahan jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ, Sepanyol – Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro meng­akui pasukannya bakal mela­kukan perubahan besar terhadap jentera yang sebelum ini bergelut de­ngan masalah mekanikal pada empat perlumbaan Kejuaraan Motosikal Du­nia (MotGP) musim ini.

Sepanjang empat perlumbaan ter­sebut, Espargaro masih belum me­ngutip sebarang mata selepas jentera RS-GP mengalami masalah teknikal sebanyak tiga kali dan lebih menyedihkan, pelumba Sepanyol itu kehabisan minyak ketika pusingan terakhir perlumbaan pembukaan di Qatar sekali gus hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-18.

Nasib malang berterusan menimpa Espargaro apabila jentera RS-GP itu mengalami masalah enjin dan dia terus berputih mata untuk mengutip mata pada GP Argentina.

Ketika perlumbaan di Jerez ming­gu lalu, pelumba berusia 28 tahun itu turut gagal menamatkan saingan selepas terbabas.

“Saya tidak tahu kenapa masalah enjin boleh terjadi dan saya tidak berminat untuk mengetahui perkara berkenaan ketika ini. Ketika ini, Aprilia sangat kecewa dengan apa yang berlaku pada perlumbaan mu­sim ini dan mereka berjanji untuk menyediakan jentera terbaik.

“Mereka akan melakukan revolusi pada jentera RS-GP untuk memastikan segala masalah mampu diselesaikan secepat mungkin. Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku te­tapi masalah perlu diatasi.

“Saya yakin Aprilia mampu membina sebuah jentera terbaik sekali gus memudahkan saya untuk menaiki podium. Justeru, pasukan perlu bekerja keras pada perlumbaan seterusnya di Perancis nanti.

“Ia bukan perkara mustahil kerana sebelum ini kita pernah meletakkan Aprilia berada dalam kelompok depan. Jadi, saya yakin sekiranya masalah mekanikal dapat diatasi, saya mampu memastikan kita terus me­ngutip mata pada baki perlumbaan musim ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×