Enam ADUN BN sertai Warisan untuk bentuk kerajaan Sabah - Utusan Malaysia

Enam ADUN BN sertai Warisan untuk bentuk kerajaan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) dan seterusnya membantu Warisan membentuk kerajaan negeri.

Empat daripada mereka adalah ADUN UMNO iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabon).

Dua lagi ADUN adalah dari Pertubuhan Pasokmmogun Kadazandusun Murut Bersatu ( UPKO) iaitu Ewon Benedict (Kadamaian) dan Datuk  Abidin  Madingkir  ADUN Paginatan.

Ketika mengesahkan perkara itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kesemua enam ADUN berkenaan menyertai atau bergabung dengan Warisan tanpa paksaan.

“Dengan itu kini jumlah kerusi Warisan dengan Pakatan Harapan adalah 29 kerusi dan ditambah kemasukan enam lagi ADUN ini mencukupi (membentuk kerajaan negeri),” katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan lima daripada ADUN berkenaan kecuali Osman. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×