Rusia dan Iran komited dengan perjanjian nuklear - Utusan Malaysia

Rusia dan Iran komited dengan perjanjian nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Moscow dan Tehran akan terus bekerjasama dalam Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) mengenai program nuklear Iran selepas Amerika Syarikat (AS) keluar daripada perjanjian itu, kata kementerian luar negeri Rusia semalam.

Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov bertemu dengan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi di Teheran yang mana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk terus melakukan penyelarasan dalam bidang itu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

“Pihak Rusia menekankan komitmen untuk memelihara perjanjian itu,” kata kenyataan tersebut.

Presiden Rusia, Vladimir Putin kelmarin menyatakan kebimbangan mengenai penarikan diri Donald Trump daripada perjanjian yang dibuat pada tahun 2015 itu.

Terdahulu, Ryabkov memberitahu ‘rakan kongsi Rusia di Eropah’ juga harus bekerjasama bagi mengekalkan perjanjian tersebut, dalam ulasan yang dilaporkan oleh agensi berita. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×