KUALA NERANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pasukan Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) merampas 200 kilogram (kg) daun ketum dengan anggaran nilai RM18,000 yang cuba diseludup keluar ke negara jiran pagi semalam.
Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Abdul Aziz Ismail (gambar kecil) berkata, rampasan itu dilakukan di satu kawasan semak berhampiran Pos Sahara, di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.
Katanya, pemeriksaan di kawasan itu menemukan 20 bungkusan plastik hitam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










