Pakatan Harapan Negeri Sembilan menghadap Tuanku Muhriz - Utusan Malaysia

Pakatan Harapan Negeri Sembilan menghadap Tuanku Muhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun tiba di Istana Besar Seri Menanti di sini kira-kira pukul 2.40 petang ini bagi mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. 

 Aminuddin mengetuai 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengadap baginda susulan kemenangan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berlangsung semalam. 

Pertemuan itu antara lain bertujuan memperbincangkan tentang pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu daripada Pakatan Harapan susulan kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan negeri ini. 

ADUN Paroi, Mohamad Taufek Ghani berkata, mereka menerima jemputan Tuanku Muhriz untuk hadir ke Istana Besar Seri Menanti pada pukul 3 petang tadi, namun enggan mengulas lanjut berhubung calon Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Pakatan Harapan menang 20 kerusi DUN Negeri Sembilan dalam PRU-14 sekali gus layak membentuk kerajaan negeri selepas menewaskan BN yang cuma memperoleh 16 kerusi DUN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×