Halep hampiri gelaran ketiga kejohanan Terbuka Madrid - Utusan Malaysia

Halep hampiri gelaran ketiga kejohanan Terbuka Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 9 Mei – Juara bertahan Simona Halep mencerahkan peluang untuk merangkul gelaran Terbuka Madrid buat kali ketiga berturut-turut setelah me­numpaskan wakil Belgium, Elise Mertens dalam pusingan kedua hari ini.

Halep, pemenang kejohanan 2016 dan 2017, dipaksa bekerja dalam set kedua di Manolo Santana sebelum pemain No. 1 dunia itu beroleh kemenangan 6-0, 6-3.

Kristyna Pliskova dari Repu­blik Czech menanti Halep pada peringkat 16 terbaik dalam persediaan bintang tenis Romania itu membuat persiapan bagi menghadapi Terbuka Perancis, yang pernah menyaksikannya muncul naib juara sebanyak dua kali.

“Saya rasa saya bermain de­ngan baik sekali lagi. Pertemuan ini merupakan perlawanan kedua buat saya dalam pertandingan ini. Saya mempunyai perasaan yang positif,” kata Halep.

Dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, Petra Kvitova berhempas pulas sebelum meraih kemenangan 6-3, 7-6 (10/8) ke atas pencabar dari Puerto Rico, Monica Puig.

Sementara itu, pemain tuan rumah Garbine Muguruza menewaskan Donna Vekic 2-6, 6-4, 6-1.

Dalam saingan lelaki, Juan Martin del Potro membuka aksi­nya di gelanggang tanah liat de­ngan kemenangan ke atas Damir Dzumhur dalam perlawanan pertamanya sejak tewas di separuh akhir Terbuka Miami kepada John Isner Mac lalu.

Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat itu, yang memenangi dua gelaran tahun ini termasuk di Indian Wells, menundukkan Dzumhur dari Bosnia 6-3, 6-3.

Del Potro mengakui kecedera­an berterusan yang dialaminya di pergelangan tangan menjadikan aksi di gelanggang tanah liat lebih sukar baginya berbanding di permukaan lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×