Pas kuasai 1 DUN di Besut - Utusan Malaysia

Pas kuasai 1 DUN di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 10 Mei – Parlimen Besut merupakan satu-satunya kawasan yang Barisan Nasional (BN) masih mampu bertahan dalam keadaan goyah ketika gelombang hijau Pas melanda negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Namun BN yang menguasai kesemua kerusi dalam PRU-13 yang kembali mengetengahkan kesemua penyandang terlepas satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila calonnya, Mohd Mahdi Musa  gagal mempertahankan Kota Putera.

Berikut diperturunkan keputusan rasmi:

PARLIMEN BESUT
*Datuk Seri Idris Jusoh  (BN) 34,335
Dr. Riduan Mohamad Nor  (Pas) 29,736
Ir. Wan Nazari  Wan Jusoh (PKR)  6,864
Majoriti 4,599

DUN KUALA BESUT
*Tengku Zaihan Che Abd Rahman (BN)  8,126
Azbi Salleh (Pas)  7,983
Dr. Che Ku Hashim Che Ku Mat (PKR) 1,095
Majoriti 143

DUN KOTA PUTERA 
*Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (Pas)  9,704
Mohd Mahdi Musa  (BN) 8,523
Tengku Roslan Tengku Othman (PKR) 1,504
Majoriti 1,181

DUN JERTIH
*Datuk Muhammad Pehimi Yusof (BN)  9,143
Wan Azhar Wan Ahmad  (Pas) 7,762
Dr.Kamaruzaman Wan Su  (PKR) 1,594
Majoriti 1,381

DUN HULU BESUT
*Nawi Mohamad (BN)  8,045
Mat Daik Mohamad (Pas)  6,576
Ismail Abdul Kadir (PKR)  860
Majoriti 1, 469

UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×