Satu kerusi Parlimen, 2 DUN di Perak milik BN - Utusan Malaysia

Satu kerusi Parlimen, 2 DUN di Perak milik BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Mei – Calon Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi dua kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Perak.

Datuk Mohd. Nizar Zakaria daripada Barisan Nasional (BN) menang kerusi Parlimen Parit menewaskan calon PKR, Ahmad Tarmizi Mohd. Jam dan calon Pas, Najihatussalehah Ahmad dengan majoriti 6,320 undi.

Mohd. Nizar yang berdepan saingan tiga penjuru memperoleh 14,035 undi manakala Ahmad Tarmizi (7,240) dan Najihatussalehah (7,715).

Bagi Dun Belanja, Khairudin Abu Hanipah menewaskan calon PKR, Yahanis Yahya dan calon Pas, Mohd. Zahid Abu Bakar dengan majoriti 2,729 undi.

Khairudin memperoleh 5,879 undi manakala Yahanis (2,871) dan Mohd. Zahid (3,150). – UTUSAN ONLINE

Manakala di DUN Bota, calon muka baharu BN, Khairul Shahril Mohamed membuat kejutan apabila menewaskan calon PKR, Azrul Hakkim Azhar dan calon Pas, Muhammad Ismi Mat Taib dengan majoriti 1,822 undi.

Khairul Shahril memperoleh 7,411 undi manakala Azrul Hakkim (4,070) dan Muhammad Ismi (5,589). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×