Masjid Rusia jadi tarikan di Besut - Utusan Malaysia

Masjid Rusia jadi tarikan di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh di sini yang mendapat jolokan sebagai Masjid Rusia ke­rana seni binanya seakan-akan St. Basil Cathedral di Moscow, Rusia menarik perhatian orang ramai.

Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung itu, masjid yang dicetuskan pembinaannya oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira enam tahun lalu kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri.

Timbalan Pengerusi Masjid Lapan Kubah, Wan Ahmad Wan Yaacob, 64, berkata, keunikan seni bina masjid itu dengan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid itu yang mula digunakan sejak tahun lepas tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

“Kewujudan masjid ini turut menaikkan nama kampung yang kurang dikenali sebelum ini,” katanya yang menjadi bilal di masjid kampung itu sejak 30 tahun lepas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×