KUALA TERENGGANU – Kesemua pemain yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar pelaksanaan patuh syariah itu bagaimanapun hanya terpakai kepada pemain bola sepak beragama Islam.
“Kita akan memastikan semua pemain memakai pakaian yang menutup aurat dalam semua perlawanan sama ada di Terengganu atau di luar, manakala pemain yang bukan muslim, kita hanya galakkan mereka untuk mengikut jejak pemain beragama Islam.
“Dari sudut pelaksanaan, kita akan lakukannya secara beransur-ansur dan bukan dengan perubahan drastik yang melibatkan keseluruhan (semua atlet),” kata beliau di luar Sidang Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











