Harimau Malaya tutup mulut pengkritik - Utusan Malaysia

Harimau Malaya tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMENANGAN ke atas Myanmar dalam aksi peringkat kumpulan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 melonjakkan semangat skuad Harimau Malaya untuk tampil lebih garang pada perlawanan separuh akhir menentang Thailand Sabtu ini.

Kejayaan anak-anak buah Tan Cheng Hoe itu sekali gus menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuan skuad negara untuk pergi jauh pada kejohanan peringkat Asia Tenggara tersebut selepas tewas 0-2 kepada Vietnam pada 16 November lalu.

“Saya akui keputusan ini melegakan pemain memandangkan rehat selama seminggu ini masing-masing cukup fokus untuk meraih kemenangan. Walaupun ada sedikit tekanan pada sesi latihan, mereka tetap bermotivasi untuk membawa pasukan mara ke pusingan separuh akhir,” ujar Cheng Hoe selepas perlawanan kelmarin.

Pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin, skuad negara meraih kemenangan 3-0 menerusi dua jaringan kapten pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak dan satu gol hasil sentuhan Norshahrul Idlan Talaha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×