Jokowi terima darjah Rajo Balaq Mangku Negara - Utusan Malaysia

Jokowi terima darjah Rajo Balaq Mangku Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG 25 Nov. – Presiden Indonesia, Joko Widodo me­ne­rima darjah kebesaran Rajo Balaq Mangku Negara yang membawa maksud Raja Agung Pemegang Kuasa Tertinggi da­ri­pada masyarakat Komering dalam upacara adat khas di Griya Agung, kediaman rasmi Gabenor Sumatera Selatan di Palembang.

Lapor Antaranews, isterinya, Iriana Joko Widodo pula menerima gelaran Pemaisuri Indoman yang membawa makna pemaisuri pelindung dan tempat mengadu dalam upacara yang diketuai oleh Pemangku Adat Majlis Tertinggi Komering Sumatera Selatan, Romli.

“Pemberian adok atau jajajuluk atau disebut gelaran ini merupakan usaha untuk memelihara budaya kita di Sumatera Selatan,” kata Gabenor Sumatera Selatan, Herman Deru dalam ucapannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Herman turut berkata, darjah adat itu diberikan selepas mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan pada 20 November lalu.

“Pemberian gelaran ini memberi makna simbolik masyarakat Komering Sumatera Selatan menghormati seseorang yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Pemberian gelaran itu juga bermakna Jokowi dan isteri­nya diangkat sebagai keluarga kehormat dan sebahagian da­ri­pada masyarakat Komering.

“Saya sangat menghargai dan berterima kasih atas penghormatan yang diberikan oleh Majlis Tertinggi Komering atas adok atau jajuluk atau gelar yang diberikan kepada saya dan Iriana,” kata Jokowi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini