Pemimpin Kesatuan Eropah lulus perjanjian Brexit - Utusan Malaysia

Pemimpin Kesatuan Eropah lulus perjanjian Brexit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS 25 Nov. – Sebanyak 27 pemimpin Kesatuan Eropah (EU) secara rasminya bersetuju untuk meluluskan perjanjian Brexit dalam satu sidang kemuncak di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Majlis EU, Donald Tusk menerusi Twitternya.

Keputusan itu dicapai dalam perbincangan yang berlangsung tidak lebih dari satu jam.

Bagaimanapun, perjanjian tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Parlimen United Kingdom (UK) yang setakat ini menerima banyak bantahan daripada ahli-ahli Parlimennya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×