Lelaki maut dibelasah - Utusan Malaysia

Lelaki maut dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul di kawasan rumahnya di Blok G, Taman Putra Damai, Lembah Subang, dekat sini pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam ketika mangsa, 42, yang sedang tidur di rumahnya didatangi kira-kira tujuh suspek lelaki dan dibawa keluar ke lokasi kejadian sebelum dipukul.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, mangsa dipukul di kawasan tempat letak kenderaan di hadapan blok rumah mangsa.

“Penduduk yang nampak kejadian menjerit hingga menyebabkan kesemua suspek melarikan diri menggunakan kereta Proton Waja berwarna perak.

“Seorang saudara mangsa yang berada di lokasi kejadian memberitahu mangsa masih bernafas selepas dipukul tetapi tersekat-sekat kerana mempunyai sakit asma. Tidak lama kemudian dia meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, polis telah menahan seorang daripada suspek dan akan direman esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×