KPDNHEP permudah cara urusan francais di Indonesia - Utusan Malaysia

KPDNHEP permudah cara urusan francais di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan bertindak sebagai pemudah cara kepada syarikat-syarikat francais Malaysia yang berminat menerokai pasaran Indonesia.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kekangan dan halangan tertentu berkaitan urusan pentadbiran dan birokrasi misalnya boleh ditangani menerusi hubungan baik kedua-dua negara.

“Memang terdapat kekangan dan halangan yang berkaitan pentadbiran misalnya, namun isu-isu itu ada jalan keluarnya, (halangan dan kekangan) itu tertakluk kepada perjanjian perdagangan, unsur kawalan yang mengambil kira kepentingan setempat,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau sebelum itu mengadakan dialog bersama syarikat-syarikat francais Malaysia dan Indonesia yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan dan Ketua Asosiasi Franchise Indonesia (AFI), Drs Anang Sukandar.

Antara perkara-perkara berbangkit berkaitan syarikat Malaysia yang mahu menerokai pasaran Indonesia adalah berkaitan pensijilan halal, birokrasi kemasukan produk-produk tertentu, pendaftaran perniagaan dan sebagainya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×