BSN salur bantuan persekolahan kepada 1,040 pelajar - Utusan Malaysia

BSN salur bantuan persekolahan kepada 1,040 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEMBIRA. Seramai 1,040 pelajar kurang berkemampuan menerima bantuan persekolahan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) pada program ‘Jom To School With BSN’ bagi membuat persiapan menjelang sesi persekolahan tahun depan.

Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujiburrahman Abd. Rahman berkata, pada program itu, kesemua pelajar terbabit menerima bantuan set pakaian sekolah, stokin, kasut dan alat tulis.

“BSN juga mendepositkan RM50 ke dalam akaun setiap pelajar yang menerima bantuan persekolahan tersebut,” katanya pada program tersebut yang diadakan di pasar raya Mydin, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×