Ziana bersalah hina mahkamah - Utusan Malaysia

Ziana bersalah hina mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan di luar mahkamah berhubung prosiding pendakwaan bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, pada Jun lalu.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin turut memberikan amaran pertama kepada Zia­na Zain atau nama sebenar­nya Siti Roziana Zain, 50.

Majistret Noor Adila memutuskan demikian selepas mendapati pihak pemohon, Armin Zaharin yang diwakili peguamnya, Mohd. Amir Farid Mohd. Nawawi berjaya membuktikan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

“Penghina yang dicadangkan (Ziana Zain) telah memohon maaf secara sukarela, jadi lepaskan dengan satu amaran. Jus­teru, diingatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sepanjang kes perbicaraan berjalan,” katanya dalam penghakimannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×