Tiga lelaki ditahan kes ugut - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan kes ugut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 19 Nov. – Hanya kerana berang apabila diajak makan oleh ibunya, seorang pemuda tergamak mengugut ibu kandungnya itu menggunakan sebatang paku di Kampung Pinang Raja dekat Pinang Tunggal di sini semalam.

Suspek berusia 32 tahun dan merupakan seorang penagih dadah itu mengamuk dan melibas ibunya dengan sehelai seluar jeans dan memegang paku sambil menjerit “aku paku kepala kang, mampus nanti”.

“Hanya kerana berang ketika diajak makan nasi, seorang penagih dadah sanggup mengugut ibunya dengan sebatang paku sebelum dia melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ASISTEN KOMISIONER NOORZAINY MOHD. NOOR
ASISTEN KOMISIONER NOORZAINY MOHD. NOOR 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada abang lelaki itu yang bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada ibunya.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan polis di rumahnya di Kuala Muda dekat Penaga pukul 5 petang kelmarin apabila mengamuk dan mengugut bapanya dengan sebilah sabit.

Jelas Noorzainy, lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan marah sambil memegang sebilah sabit dan menjerit akan menetak sesiapa sahaja yang keluar dari rumah dan cuba menganggunya.

Tambahnya, selepas suspke berdar, bapanya yang berusia 78 tahun segera membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan di kawasan rumahnya.

Sementara itu di Pekan Darat dekat Sungai Dua, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan selepas mengugut ibu dan adiknya dengan sebilah pisau selepas gagal mendapatkan wang RM50 daripada ibunya.

“Suspek mengamuk dengan menendang pintu bilik sehingga pecah serta menghunus pisau kepada ibunya ketika meminta duit selain memecahkan tayar kereta ibunya.

“Adik suspek membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan mereka serta risau suspek bertindak lebih ganas,” ujarnya yang memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×