Pelan penghantaran pulang pelarian Rohingya ditunda hingga 2019 - Utusan Malaysia

Pelan penghantaran pulang pelarian Rohingya ditunda hingga 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR 19 Nov. – Rancangan Bangladesh untuk menangani krisis pelarian Rohingya ditunda sehingga tahun hadapan ketika program penghantaran pulang dan penempatan etnik itu mungkin dikunjungi semula selepas pilihan raya umum hujung tahun ini.

Pesuruhjaya penghantaran pulang dan bantuan pelarian Bangladesh, Abul Kalam berkata, satu pelan tindakan baharu perlu dipersetujui berhubung penghantaran pulang Rohingya dengan mengambil kira tuntutan mereka.

Namun Abul menjelaskan, ia hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya mewakili kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penghantaran kumpulan pertama seramai 2,200 pelarian yang dijadualkan 15 November lalu dihentikan ekoran bantahan di kem pelarian Rohingya di sini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×