SEMALAM menjadi hari amat bermakna buat pelumba muda Turki, Can Oncu apabila muncul juara dalam perlumbaan kelas Moto3 pada penampilan pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Valencia.
Pelumba berusia 15 tahun itu yang turun sebagai pelumba wildcard buat pasukan Red Bull KTM Ajo beraksi dengan baik pada aksi pertama di pentas dunia apabila menamatkan saingan dengan catatan 43 minit 06.370 saat.
Lebih menarik, Oncu mengatasi juara dunia 2018, Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) dengan perbezaan empat saat di kedudukan kedua dan ketiga menjadi milik John McPhee (CIP-Green Power).
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kemenangan ini sangat luar biasa dan saya sangat gembira dengan keputusan ini. Saya tidak tahu apa yang berlaku dan saya bersama pasukan yang hebat,” kata Oncu.











