Amerika Syarikat destinasi terbaik Khairul Hafiz - Utusan Malaysia

Amerika Syarikat destinasi terbaik Khairul Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELARI terpantas negara, Khairul Hafiz Jantan berdepan tugas sengit untuk mempertahankan gelaran sebagai raja pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA Filipina 2019 di Manila tahun depan.

Ia berikutan kemunculan pesaing hebat dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri yang mempunyai catatan masa sama dengan rekod 100 meter Khairul iaitu 10.18 saat (s).

Bagi mengekalkan gelaran tersebut, jurulatih peribadinya, Mohd. Poad Kassim menyimpan impian untuk melihat pelari berusia 20 tahun itu menimba ilmu olahraga di bumi Amerika Syarikat (AS).

“Hantar Khairul berlatih di AS seorang pun tidak mengapa, asalkan dia mendapat jurulatih yang baik demi kebaikan dirinya sendiri. Biar dia dapat memulakan program latihan fasa 1 hingga beberapa bulan sebelum Sukan SEA 2019 bermula,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

AS menjadi destinasi terbaik pelumba seluruh dunia menjalani latihan kerana mempunyai fasiliti lengkap selain faktor pelari-pelari yang mempunyai catatan masa bawah 10s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×