Hampir mustahil laksana ICERD - Utusan Malaysia

Hampir mustahil laksana ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT MORESBY, Pa­pua New Guinea – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini hampir mustahil untuk dilakukan.

Perdana Menteri menegaskan, majoriti dua pertiga ahli Parlimen diperlukan untuk melaksanakan perkara itu.

Katanya, ia hampir mustahil berikutan komposisi semasa ahli Dewan Rakyat daripada kerajaan dan reaksi yang ditunjukkan berhubung perkara itu daripada pihak pembangkang serta kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hanya dengan sokongan daripada pembangkang yang akan membolehkan kita mencapai majoriti dua pertiga, malah ahli kerajaan sebelum ini pun mungkin tidak menyokongnya. Jadi, saya berpendapat adalah hampir mustahil bagi kami untuk mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan (untuk meminda perlembagaan),” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini