DMJ bantah ratifikasi ICERD demi keharmonian kaum - Utusan Malaysia

DMJ bantah ratifikasi ICERD demi keharmonian kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Nov. – Dewan Muda Johor (DMJ) memberikan beberapa ketetapan dalam usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketetapan itu dibuat dalam persidangan pertama DMJ pada hari ini membabitkan 50 perwakilan yang membahaskan pelbagai usul di Grand Paragon Hotel di sini sebentar tadi.

DMJ dalam satu kenyataan rasmi membantah sebarang usaha untuk meratifikasi ICERD dan demi kepentingan awam menggeSa kerajaan untuk mengambil kira pandangan awam terutamanya orang Melayu dan bumiputera sebelum meratifikasi ICERD.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rujukan perlu dibuat kepada pakar-pakar Perlembagaan dan perundangan yang non-partisan dan objektif serta berwibawa berkenaan natijah dan kesan ICERD terhadap sistem perundangan 
Malaysia,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan memberi jaminan tidak akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sekiranya ICERD diratifikasikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy memberikan jaminan itu dalam persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said 
(BN-Pengerang) yang mahu tahu pendirian kerajaan berhubung perkara itu.

Menurut DMJ, perkara itu perlu dirujuk kepada Majlis Raja-raja terlebih dahulu dan tanpa perkenannya, ICERD tidak boleh ditandatangani dan diratifikasi Malaysia.

“Ini kerana Perlembagaan memperuntukkan bahawa sebarang perkara yang menyentuh kedudukan istimewa Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Dewan Undangan Negeri,” ujarnya.

Selain itu perkara itu perlu dibahaskan secara terbuka di Parlimen dengan penuh kejujuran tanpa berselindung tentang implikasi sebenar terhadap peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan jika Malaysia meratifikasi ICERD.
 
DMJ juga katanya, menggesa agar semua pihak menghormati Perlembangaan Malaysia dan Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh semua pihak. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×