KUALA LUMPUR 1 Nov. – Air minuman berjenama Tropicana Twister tampil berwajah baharu dengan tiga jenis perisa iaitu Juicy Burst, Epal dan Fruit Pulp Pulp sempena kempen Nikmati Kebaikan Sebenar.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd, S. Santharuban dalam satu kenyataan berkata, sempena penampilan wajah baharu, jenama jus itu turut melancarkan peraduan bersama rangkaian pasar mini 99 Speedmart dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000.
“Proses penyertaan peraduan ini adalah sangat mudah di mana peserta hanya perlu membeli dua botol Tropicana Twister bersaiz 355 mililiter (ml) atau 1.5 liter mana-mana perisa dalam satu resit di semua cawangan 99 Speedmart dan menghantar penyertaan merangkumi resit dan butiran peribadi menerusi WhatsApp.
“Sepanjang tempoh peraduan tersebut, seramai 21 pemenang akan diumumkan dengan 20 pemenang akan memperoleh wang tunai bernilai RM50 setiap hari manakala seorang pemenang bertuah membawa pulang RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bukan itu sahaja, pengguna juga berpeluang mendapatkan baucar tat keju Hokkaido secara percuma apabila mereka membeli dua botol Tropicana Twister yang mempunyai label baharu di stesen minyak Shell terpilih.
Di kedai serbaneka myNEWS.com pula, pengguna boleh mendapatkan baucar diskaun Sakae Sushi bernilai RM10 untuk penawaran pembelian yang sama dari 1 sehingga 31 Disember ini.
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh layari https://www.facebook.com/mytropicana/.











