Chin Tong nafi pakai uniform komunis - Utusan Malaysia

Chin Tong nafi pakai uniform komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 31 Okt. – Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menegaskan uniform yang dipakainya semasa pemeriksaan barisan tentera baru-baru ini merupakan pakai­an korporat Kementerian Pertahanan dan bukannya uniform komunis.

Chin Tong berkata, tindakan segelintir pihak yang menularkan kononnya beliau memakai uniform komunis semasa acara tersebut dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan bertujuan memfitnahnya.

“Itu pakaian korporat kementerian dan bukan saya sahaja yang pakai tetapi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga pakai kerana kami adalah rakyat biasa tidak perlu memakai uniform tentera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu keputusan bersama yang diambil kerana kami tidak melalui kesukaran serta terlibat dalam latihan ketenteraan jadi kami tidak layak memakai uniform tentera walaupun menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar majlis Peletakan Lunas Kapal Littoral Combat Ship (LCS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS) di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor.

Tambah Chin Tong, salah tafsir tersebut berlaku mungkin disebabkan kebanyakan rakyat tidak mengetahui bahawa itu adalah uniform Kementerian Pertahanan untuk kakitangan yang bukan tentera sehingga ada menyangka ia seakan pakai­an komunis.

“Saya faham kalau dulu menteri pakai seragam tentera jadi ramai tidak tahu ada baju uniform ini dan bagi saya ia adalah perkara remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini