Jalur lebar: Orang ramai tidak dapat maklumat lengkap - Utusan Malaysia

Jalur lebar: Orang ramai tidak dapat maklumat lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Orang ramai masih tertanya-tanya dan tidak mendapat maklumat terperinci mengenai tawaran baharu harga jalur lebar talian tetap daripada penyedia perkhid­matan.

Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Mohamad Yusrizal Yusof berkata, pihaknya menerima pertanyaan dan ru­ngutan daripada orang ramai di media sosial CFM berhubung perkara berkenaan.

MOHAMAD YUSRIZAL YUSOF
MOHAMAD YUSRIZAL YUSOF 

Menurut beliau, CFM menyokong inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dan kerjasama yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan seperti Celcom, Maxis, TIME dan Telekom Malaysia (TM) bagi memastikan jalur lebar mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, semakan semula harga jalur lebar ini adalah sesuatu yang baharu kepada semua pelanggan dan pengguna, Saya percaya bahawa mereka tidak mendapat maklumat yang mencukupi berkaitan harga, kelajuan serta butiran terma dan syarat.

“Sebagai sebuah forum pengguna yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia, kami sentiasa berhubung dengan penyedia perkhidmatan agar maklumat yang tepat dapat dikongsi kepada semua pengguna,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini, mengumumkan penurunan harga jalur lebar talian tetap sehingga 56 peratus dan menjadikan harga baharu tersebut dapat dinikmati oleh semua pelanggan telekomunikasi sedia ada.

Mohamad Yusrizal berkata, pakej tertentu yang ditawarkan mempunyai lanjutan kontrak dan pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut.

Katanya, CFM masih mene­rima aduan mengenai isu tiada liputan jalur lebar dan kelajuan.

“Pengguna bebas untuk memilih kerana terdapat banyak penyedia perkhidmatan tele­komunikasi di Malaysia. Kita harus bijak dalam memilih pilihan terbaik dengan mengetahui jenis dan tahap penggunaan masing-masing.

“CFM yakin usaha yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan ini membantu mencapai objektif Pelan Sambungan Seluruh Negara (NCP). Pada masa sama CFM akan terus memantau perkhidmatan baharu yang ditawarkan dan menggalakkan pengguna menjadi lebih berinformasi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini