Ahli Parlimen dikompaun hisap rokok dalam bangunan - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen dikompaun hisap rokok dalam bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Seorang ahli Parlimen merupakan antara lapan individu yang menerima kompaun kesalahan merokok selepas bangunan Parlimen diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

BAHAGIAN Penguatkuasa Kementerian Kesihatan melakukan rondaan di sekitar Dewan Rakyat bagi memastika
BAHAGIAN Penguatkuasa Kementerian Kesihatan melakukan rondaan di sekitar Dewan Rakyat bagi memastikan Ahli Parlimen dan orang ramai mematuhi larangan merokok di Bangunan Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE/SAIFUL BAHARI ASHARI

Ketua Sektor Kawalan Tembakau Kementerian Kesihatan, Dr. Ariana Hassan berkata, pihaknya melaksanakan pemantauan ketat di tiga kawasan dalam bangunan Parlimen iaitu ruang telaga udara, tempat rehat ahli Dewan Rakyat dan kafeteria.

“Semalam merupakan hari pertama kita keluarkan lapan kompaun kesalahan, pagi ini belum ada lagi kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami pantau di tiga zon merokok sepanjang Parlimen bersidang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Menurutnya, warta peraturan tersebut berkuat kuasa semalam.

Ahli parlimen kantoi merokok
NOTIS yang di tampal pada bilik merokok pada Sidang Dewan Rakyat kedua di Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE/SAIFUL BAHARI ASHARI

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

“Para perokok perlu merokok di luar bangunan Parlimen kerana di bangunan ini tiada lagi kawasan yang boleh merokok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini