RM300,000 rokok seludup dirampas - Utusan Malaysia

RM300,000 rokok seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Okt. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,500 kotak rokok putih dan kretek dianggarkan bernilai RM300,000 ke negeri ini melalui jalan laut dalam operasi Jaksa setelah menahan sebuah bot pancung di kedudukan 2.29 batu nautika utara Pulau Kukup, Pontian semalam.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Laksamana Muda Maritim Datuk Abu Bakar Idris berkata, dalam kejadian pukul 2.13 pagi itu, pihaknya menggerakkan sebuah bot peronda maritim ke lokasi kejadian selepas Pusat Pengawasan Laut Tanjung Piai mengesan bot pancung mencurigakan memasuki perairan negara.

Katanya, sebaik menyedari kehadiran bot peronda, bot pauncung yang dipercayai dinaiki seorang tekong dan dua awak-awak warga Indonesia cuba meloloskan diri dengan memecut laju bagi mengelakan daripada dihampiri dan diperiksa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah dikejar bot peronda Maritim Malaysia, bot pancung yang dinaiki ketiga-tiga suspek itu memasuki kawasan paya bakau sebelum bertindak nekad terjun ke tebing berhampiran meninggalkan bot tersebut bagi melarikan diri.

“Pemeriksaan ke atas bot berkenaan menjumpai sebanyak 2,500 kotak rokok pelbagai jenama antaranya Malboro, Gudang Garam dan Dji Sam Soe yang diletakkan dalam 19 karung guni dianggarkan bernilai RM300,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini