Hukuman mati bukan langkah pencegahan berkesan - Utusan Malaysia

Hukuman mati bukan langkah pencegahan berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah jenayah bukan langkah pencegahan yang berkesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, hal demikian ini kerana keberkesanan hukuman mati tidak dapat dipastikan memandangkan banyak faktor boleh mempengaruhi pendakwaan atau kadar jenayah.

Katanya, perkara itu merupakan antara hasil kajian dijalankan oleh sebuah organisasi di bawah Jabatan Peguam Negara iaitu I-Cells berhubung hukuman mati yang turut melibatkan pakar terulung dunia, Profesor Roger Hood dari University of Oxford.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kajian tersebut juga mendapati wujud risiko sabitan salah menyebabkan hukuman mati dilaksanakan terhadap individu yang tidak bersalah.

“Di Malaysia, terdapat kes yang mana orang yang dituduh disabitkan dengan kesalahan bunuh berdasarkan keterangan palsu yang diberikan oleh saksi utama. Walaupun sabitan terhadap tertuduh diketepikan kerana keterangan palsu itu, kes ini menunjukkan orang yang tidak bersalah boleh dikenakan hukuman gantung,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri (MQT) dalam Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang meminta kerajaan menjelaskan justifikasi cadangan untuk memansuhkan hukuman mati dan sama ada telah membuat kajian terperinci serta mendengar pandangan awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini