Representasi gugurkan 5 pertuduhan jenayah Farid Kamil ditolak - Utusan Malaysia

Representasi gugurkan 5 pertuduhan jenayah Farid Kamil ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 16 Okt. – Jabatan Peguam Negara telah menolak representasi dikemukakan oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari bagi menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya, awal tahun ini.

Keputusan menolak representasi bagi menggugurkan  pertuduhan terhadap Farid Kamil, 37, dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris kepada Majistret Nor Ariffin Hisham dalam prosiding sebutan kes tersebut di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Berikutan keputusan itu, mahkamah mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 November ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Farid Kamil yang merupakan pelakon Lagenda Budak Setan  ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, dia akan menghantar representasi kedua secepat mungkin.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil berdepan empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 petang, tarikh sama.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini