Hakimah TKP (Dasar) Jakim baharu - Utusan Malaysia

Hakimah TKP (Dasar) Jakim baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Okt. – Hakimah Mohd.Yusoff telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikosongkan oleh Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah bermula 17 Mei lalu.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman berkata, Hakimah merupakan pegawai hal ehwal Islam (PHEI) iaitu wanita pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut.

Katanya, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah di Universiti Malaya pada tahun 1990 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2001.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga dengan pelantikan ini, akan mampu melonjakkan lagi peranan Jakim sebagai agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di negara ini yang akan terus melebarkan risalah dan menyantuni ummah selaras dengan prinsip Islam sebagai agama Rahmatan Lil A’lamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zakaria menambah, Hakimah memulakan pekhidmatan sebagai penjawat awam pada tahun 1992 sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS).

Katanya, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada tahun 2008 hingga 2009 sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim pada tahun 2011 hingga 2016.

Kecemerlangan Hakimah jelasnya, amat terserlah semasa beliau menerajui Bahagian Hab Halal sehingga Pensijilan Halal Malaysia diterima hingga ke peringkat dunia.

Pada tahun 2016, pula katanya, beliau telah dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi sebagai Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Jakim.

“Atas sumbangan dan pencapaian cemerlang beliau dalam perkhidmatan, maka Kerajaan telah memperakukan pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jakim yang baharu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini