Azmin ucap tahniah kepada Anwar - Utusan Malaysia

Azmin ucap tahniah kepada Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, malam ini.

Mohamed Azmin turut mengajak Presiden PKR itu untuk bersama memenuhi aspirasi rakyat.

“Alhamdulillah. Tahniah YB @anwaribrahim di atas mandat rakyat Port Dickson. Bersama kita memenuhi aspirasi rakyat,” katanya menerusi akaun Twitter, malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar memperoleh 31,016 undi diikuti calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar mendapat 7,456 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad pula memperoleh 4,230 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi.

Calon-calon Bebas lain, Stevie Chan Keng Leong 337 undi, Kan Chee Yuen 154 undi dan Lau Seck Yan 214 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini