Anwar menang PRK Parlimen Port Dickson  - Utusan Malaysia

Anwar menang PRK Parlimen Port Dickson 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Port Dickson hari ini dengan undi majoriti 23,560.

Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor pada pukul 9.20 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.

Anwar, 71, memperoleh 31,016 undi bagi menewaskan enam calon lain termasuk calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar, 57, yang memperoleh 7,456 undi dan calon Bebas Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 69, yang memperoleh 4,230 undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara calon Bebas Stevie Chan Keng Leong, 51, memperoleh 337 undi; Lau Seck Yen, 51, (214 undi), Kan Chee Yuen, 45, (154 undi) dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 33, (82 undi).

Undi majoriti diperoleh Anwar melebihi 17,710 undi majoriti yang diperoleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang mewakili PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

PRK bagi kerusi Parlimen Port Dickson diadakan selepas Danyal Balagopal meletakkan jawatan pada 12 September 2018 iaitu kira-kira empat bulan selepas PRU-14 berakhir bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding PRK.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengangkat tangan selepas dDatuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengangkat tangan selepas diisytiharkan menang Pilihan Raya Kecil P.132 Port Dickson di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, MPPD malam ini. Foto ASWAD YAHYA

 

Penamaan calon bagi kerusi PRK Parlimen Port Dickson diadakan pada 29 September lalu dan tempoh berkempen selama 14 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tamat pada pukul 11.59 malam semalam.

Sebanyak 58.25 peratus daripada 68,317 pengundi berdaftar keluar mengundi di 32 saluran mengundi yang disediakan SPR dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini