Orang ramai dipelawa sertai MCW - Utusan Malaysia

Orang ramai dipelawa sertai MCW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mempelawa orang ramai untuk menyertai pasukan pertubuhan bukan kerajaan itu dalam usaha memantau dan membanteras rasuah.

JAIS ABDUL KARIM
JAIS ABDUL KARIM

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, pihaknya akan menyediakan latihan bersesuaian bagi memperlengkapkan fizikal dan mental mereka yang berminat untuk menyertai gerakan tersebut.

Kata beliau, kepada yang berminat, mereka boleh menghubungi MCW di talian 017-8111472 untuk maklumat lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai rakan strategik gerakan pencegahan rasuah di Malaysia, MCW sudah mampu mengeluarkan laporan analisis tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap pencapaian kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji serta memastikan gejala rasuah dapat dikekang menjelang tempoh akhir lima tahun memerintah Malaysia baharu.

“Tugasan ini bukanlah mudah dan memerlukan pasukan MCW yang hebat dan kritis bagi memastikan aktiviti semak dan imbang ini terlaksana.

“Pemimpin MCW perlukan kemahiran memahami manifesto PH dan peka memerhati pelaksanaan dalam setiap agenda kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini