Nelayan jatuh bot ditemui lemas - Utusan Malaysia

Nelayan jatuh bot ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan ditemui lemas di Sungai Tampok, Benut di sini semalam.

 

Mayat Salleh Mahmod, 61, (gambar kecil) ditemui pada pukul 10 pagi, iaitu kira-kira dua ki­lometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, mangsa dipercayai ke­luar seorang diri untuk menangkap ikan dengan menaiki sebuah bot kecil dari Jeti Nelayan Tampok pada pukul 4 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun kata­nya, lelaki itu dipercayai tergelincir ketika cuba menaiki bot sebelum diha­nyutkan arus deras.

“Polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudian melancarkan operasi mencari sebelum mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 10 pagi,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini