Ridzuan raih emas dalam kesakitan - Utusan Malaysia

Ridzuan raih emas dalam kesakitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA tahu ketika Dik Wan melakukan lompatan meme­cah rekod Asia di Sukan Para Asia 2018, lelaki luar biasa itu me­ngalami kesakitan yang teramat.

Bagi jurulatih atlet para negara, R. Jaganathan: “Selama 12 tahun saya me­latihnya, sudah seperti anak sendiri, ketika itu saya hanya mampu berdoa”.

Mohamad Ridzuan Puzi yang membahasakan dirinya Dik Wan meraih tiga emas dalam acara 100 meter (m) T36, 400m T36 dan lompat jauh T36.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas Dik Wan mencatat (rekod baharu dunia) masa 11.87 saat (s) dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekali gus mema­dam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013, dia (Dik Wan) mengalami kecederaan hamstring dan groin,” ujar Jaganathan.

Dik Wan ketepikan kesakitan, tetap berlari untuk negara dan meraih pingat emas dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36s.

“Kecederaan makin teruk, ada urat saraf yang putus, namun semalam (kelmarin), pada pukul 11.30 pagi, dia ketuk bilik saya dan berkata mahu juga sertai acara lompat jauh T36.

“Doktor yang memeriksanya menasihatkan Dik Wan supaya tidak sertai acara itu kerana bimbang kecederaannya boleh menjadi semakin teruk, tetapi dia tetap mahu bertanding,” katanya.

Jaganathan berkata, tanpa sebarang latihan sebagai persiapan untuk acara lompat jauh, Dik Wan turun ke gelanggang semalam (kelmarin) dan berjaya meraih emas.

Malah dia juga berjaya melakarkan rekod baharu Asia dengan catatan 5.49m.

Dik Wan ketika ditemui memaklumkan bahawa ibu bapanya yang sedang menunaikan umrah turut mendoakan kejayaannya di Jakarta, terus sebak.

“Terima kasih mak, ayah (kerana) doakan Dik Wan.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini