Tengku Amir tolak tuntutan EGM - Utusan Malaysia

Tengku Amir tolak tuntutan EGM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak bersetuju dengan tuntutan ahli gabungan persatuan itu yang mahu satu Kongres Luar Biasa (EGM) diadakan bagi melantik keseluruhan Exco yang baharu termasuk jawatan Presiden.

Raja Muda Selangor bertitah, baginda terkejut dengan memorandum tuntutan yang dihantar pada 1 Oktober lalu dan tidak me­mahami mengapa rombakan perlu dilakukan apabila kerja baru dimulakan, lebih-
lebih lagi sebab yang diberikan amat lemah.

“Kita dapat lihat perubahan yang rancak dilakukan termasuk menutup peluang melakukan ketirisan, merombak jawatankuasa kecil yang tidak efektif dan menyoal perkara-perkara yang terdapat kesangsian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita hendak maju ke hadapan, tetapi mereka sering kali menarik kita ke belakang semula,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.

Tengku Amir Shah bertitah, baginda tidak menyalahkan ahli gabungan kerana percaya mereka telah dimanipulasi, ditipu malah diugut oleh beberapa individu untuk menandatangani memorandum tersebut.

Titah baginda, individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu adalah serigala berbulu domba, penuh dengan kepentingan diri dan bukannya hendak bekerjasama demi kemajuan FAS.

“Apabila beta membuat kenya­taan pada 5 Jun lalu di mana beta menerima pencalonan sebagai Presiden, Beta nayatakan secara terang bahawa perubahan menyeluruh harus dilakukan.

“Tetapi terdapat individu-individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menggunakan perlembagaan (statut) FAS yang telah diolah untuk melindungi mereka.

“Sebagai contoh, sebab-sebab yang diutarakan untuk mengadakan EGM langsung tidak munasabah, tetapi EGM tersebut masih boleh diteruskan dan perkara ini sangat tidak masuk akal,” titah baginda.

Tengku Amir Shah bertitah, baginda berasa amat dukacita kerana telah cuba menyelesaikan perkara ini dibelakang tabir tetapi sekarang kita dapat lihat secara jelas mereka tidak mahu berbuat demikian.

“Beta juga merasa sangat terkilan kerana masa ini patut digunakan bagi meneliti dan merancang untuk persiapan musim depan, termasuk mencari penaja bagi menambah dana persatuan.

“Sebaliknya langkah tidak bertanggungjawab ini menyebabkan masa orang-orang yang jujur dan bekerja keras demi FAS dibuang begitu sahaja.

“Tambahan pula, Beta murka apabila terdapatnya ahli Exco yang menyokong pergerakan EGM ini secara terbuka walaupun ia bukan pendirian majoriti besar ahli Exco termasuk beta,” titah baginda.

Baginda bertitah, terdapat enam sebab yang diberikan dalam memorandum berkenaan bagi diadakan EGM iaitu tidak berpuas hati apabila wakil ahli gabungan dibuang daripada menjadi jawatankuasa tetap FAS, ahli gabungan didakwa tidak dijemput menghadiri bengkel anjuran persatuan dan pelantikan dua Naib Presiden didakwa melanggar peruntukan artikel 34.7 Statut FAS.

Selain itu, sebab yang lain ialah ahli-ahli jawatankuasa eksekutif gagal memerikan nasihat yang betul dan tepat kepada Presiden untuk mendukung perkara-perkara di dalam Statut FAS, dakwaan terdapat beberapa lantikan lain ke dalam FAS dengan meminggirkan ahli gabungan serta dakwaan setiausaha agung FAS menjanjikan status ahli gabungan kepada kelab baharu tanpa melalui proses sepatutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini