Pegawai kerajaan ikut arahan ahli politik boleh didakwa - Utusan Malaysia

Pegawai kerajaan ikut arahan ahli politik boleh didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 12 Okt. – Pegawai kerajaan yang mengikut arahan ahli politik untuk melaksanakan tugas mereka kini boleh didakwa.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan peruntukan undang-undang yang membolehkan pegawai kerajaan didakwa jika bersekongkol dengan ahli politik.

Menurutnya, ini bagi memastikan pegawai kerajaan menjalankan tugas secara profesional dan mengelak arahan yang tidak mematuhi proses serta prosedur sedia ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pegawai kerajaan perlu bertindak mengikut undang-undang. Mereka tidak boleh mendapat arahan daripada orang politik kerana jika berlaku sesuatu siapa yang hendak dipertanggungjawabkan?.

“Itu sebab dari awal pegawai kerajaan mesti meneliti permohonan itu (permohonan yang diterima) mengikut merit dan proses serta peraturan yang sedia ada,” katanya dalam program Bicara Minda di Komplek Karangkraf di sini hari ini.

Mohamed Azmin memberitahu, kerajaaan juga sudah membuang slogan ‘Saya yang menurut perintah’ dan digantikan dengan ‘Saya yang menjalankan amanah’ melalui persetujuan Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini