Ahli UMNO tahu hendak pilih siapa - Utusan Malaysia

Ahli UMNO tahu hendak pilih siapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 13,000 ahli UMNO di Port Dickson bebas memilih calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu pada Sabtu ini, walaupun pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) telah memboikot PRK berkenaan.

MOHD. FAIZAL RAMLI
MOHD. FAIZAL RAMLI

Ketua UMNO Bahagian Port Dickson, MOHD. FAIZAL RAMLI dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia, HARADIAN SHAH HAMDAN berkata, undi ahli UMNO akan memberi kesan besar dalam PRK itu dan yakin mereka akan menggunakan hak tersebut sebaik mungkin.

 

Memuatkan artikel berkaitan…

UTUSAN: Apakah pendirian sebenar UMNO Bahagian Port Dickson terhadap PRK ini?
MOHD. FAIZAL: Kami akur dengan pendirian pimpinan atasan parti untuk memboikot PRK ini. Memang kita boikot dari segi menyertai kempen tetapi tak boikot daripada keluar mengundi. Pada awalnya memang ada ahli yang mahu UMNO bertanding tetapi kena letak calon yang setanding dengan calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UTUSAN: Adakah seruan keluar mengundi dari UMNO Port Dickson semalam mendapat restu kepimpinan UMNO Pusat dan negeri?
MOHD. FAIZAL: Sebenarnya wujud kekeliruan apabila BN atau UMNO tak bertanding dan ahli tidak boleh jadi jentera dan bantu mana-mana calon. Ada yang menyangka mereka juga kena boikot mengundi. Sebenarnya kita tak boleh halang, sebab itu saya minta mereka keluar mengundi. Tidak ada arahan kepada ahli untuk undi sesiapa, terpulang kepada siapa yang mereka suka.

UTUSAN: Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad merupakan tokoh yang masih berpengaruh. Sebahagian ahli UMNO bahagian menyokongnya.Tidakkah itu melanggar arahan parti?
MOHD. FAIZAL: Sokongan mereka atas dasar sukarela sebab beliau orang lama dalam parti, kerajaan Negeri Sembilan dan pernah jadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi dan Bagan Pinang. Banyak jasa beliau kepada pengundi dan pada pendapat saya terpulang kalau mereka mahu balas jasa beliau.

UTUSAN: Bagaimana pula dengan calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar? Adakah kerjasama UMNO dan Pas akan diterjemahkan dalam bentuk undi?
MOHD. FAIZAL: Kerjasama antara UMNO dan Pas memang ada di peringkat tertinggi, termasuk dalam PRK sebelum ini. Tetapi bagi Port Dickson, pendirian parti adalah tak boleh bantu kempen calon termasuk Bebas dan Pas. Tetapi undi adalah rahsia, terpulang sekiranya nak undi siapa dan parti mana. Saya yakin ahli UMNO tahu siapa mereka akan pilih.

UTUSAN: Bagaimanakah persaingan dan kempen yang diadakan dalam PRK Port Dickson
MOHD. FAIZAL: Saya lihat persaingan berlaku secara sihat, tidak ada kempen memburukkan calon lain. Ini beri ruang kepada calon merayu undi. Cuma apa yang saya lihat walaupun UMNO dan BN tak bertanding tetapi tetap dijadikan bahan kempen.
Bagaimanapun kita tetap beranggapan PRK ini tak perlu diadakan kerana ia bukan sebab wakil rakyat meninggal dunia, gila, bankrap tetapi sebab suka-suka. Kita tidak mahu ia dijadikan amalan dan berulang lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini