5,196 harga barangan di Perlis tidak berubah selepas SST - Utusan Malaysia

5,196 harga barangan di Perlis tidak berubah selepas SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis mendapati, sebanyak 5,196 barangan konsumer di negeri ini tidak mengalami kenaikan harga selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Perlis, Mohd. Shakri Mohd. Salleh berkata, pemeriksaan terhadap empat pengilang ais, 18 premis pemborong dan 155 premis peruncit mendapati tiada kenaikan harga barang termasuk aduan daripada pengguna setakat hari ini.

“Kira-kira 5,196 item telah diperiksa dan kami mendapati tiada kenaikan harga dikesan malah berlakunya penurunan harga pada radius enam hingga tujuh peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, menurut pembekal, pemborong dan peruncit mereka masih menggunakan stok lama untuk jualan setakat ini.

“Kami akan terus memantau supaya tidak berlakunya kenaikan harga barangan yang melampau sehingga menjejaskan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas Ops Catut 5.0 di sebuah kilang memproses ais kiub di Kuala Perlis di sini hari ini.

Operasi itu turut melibatkan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Perlis.

Perlis mempunyai kira-kira 180,000 penduduk serta merangkumi tiga daerah iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.

Majoriti rakyatnya mengusahakan sawah dan ladang mempelam harumanis yang harganya mampu mencecah RM60 sekilogram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini