Kementerian Pendidikan buat perubahan struktur carta organisasi - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan buat perubahan struktur carta organisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sedang melakukan perubahan penstrukturan pada carta organisasi, perjawatan dan fungsi untuk unit dan bahagian tertentu.

Kementerian dalam satu kenyataan menyatakan antara penstrukturan itu adalah mengkhususkan gelaran jawatan pengurusan akademik bahasa di Unit Bahasa termasuk kepada yang menguruskan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. 

Namun fungsi Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran bagi pengurusan akademik bahasa termasuk bahasa Cina dan bahasa Tamil dikekalkan dengan taraf jawatan ditingkatkan ke gred yang lebih tinggi, jelas kementerian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sektor Pengurusan Sekolah, fungsi pengurusan sekolah peringkat Prasekolah, Rendah, Menengah dan Tingkatan Enam dikekalkan bagi menguruskan pentadbiran sekolah, kata kementerian itu. 

“Bagi pengurusan sekolah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan menetapkan pengkhususan gelaran jawatan di Unit Pra Sekolah dan Rendah mengikut aliran sekolah di bawah kawalan JPN.

“Ia termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,” jelasnya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini